Tuesday, February 9, 2010

kelapa!

teringat la masa gua kecik2 dulu. umah gua dekat dengan umah nenek gua. kalau mak gua nak masak, selamba je dia petik gua suruh cari kelapa la, pucuk ubi la, cabut ubi pun biasa. kalau cari kelapa tu maknanya dari gua cari kelapa tu kat kebun, kopek, bawak balik, belah kelapa tu sampai la ke mesin. perah je mak gua buat.
dulu gua menyampah nak buat bende2 tu.. tp sekarang ni gua rasa best jugak time tu. gua untung gak la sebab boleh rasa bende2 tu. umah gua bukan la kat kampung sangat, pinggir kl je.. tapi masa tu still boleh rasa suasana kampung.
gua rasa mandi sungai, main batang aiskrim, main terup tepuk, main snap, baling selipar , rondess, macam2 lagi la yang gua tak nampak bebudak skang ni buat.
skang lain, kampung gua tu dah x macam kampung. kebun dah habis kene tarah, ada tanah lapang je naik umah sewa..
kemajuan? - rasa maju ke?

Monday, February 8, 2010

!iabic

gua tengah panas. panas suam.
gua kalau buat salah selalunya (berkaitan kerja sahaja! ngan bini gua selalu bohong sunat!) gua akan mengaku, lebih2 lagi kalau gua buat salah tapi orang ingat orang lain yang buat salah tu, bukan gua. gua akan mengaku sebab gua taknak orang lain tanggung salah dari kebodohan gua. tapi hari ni gua sudah kena. orang ingat gua bodoh+bangang+x boleh buat keje disebabkan orang lain xnak mengaku dia yang bodoh. takpe la. gua tak ade masa tu...
gua ni cepat panas.. tapi cepat jugak sejuk. gua cepat sejuk tapi gua suka simpan dendam.
ada ubi ada batas.

*gua x boleh senyum ini hari

Saturday, February 6, 2010

kosong!

hari ni hari ahad. bini gua keje. gua sorang2 kat rumah. gua tak tau nak buat apa. kosong.
layan tv + internet + tido je la kot.
gua lupa plak ada beli 3 buku hari tu , satu gua dah baca suku, lagi dua tak usik lagi..
kalau duit banyak pegi amcorp mall pun best, tapi apa boleh buat, hari ni hari malas gua.. kah kah

*penyakit malas gua bertambah kronik.

Friday, February 5, 2010

hindustan!


gua terlayan cerita hindustan tadi kat channel ZEE astro. GOAL tajuk dia, cite pasal team bola komuniti asia selatan kat UK. gua takde niat pun nak tgk cerita ni, tp boleh lak terlayan sampai habis. ok gak la cite dia walaupun masih ada nyanyi2.. part paling best : masa team ni melawat gua punya 'theater of dream' - Old Trafford

*gamba atas sedutan dari cerita ni..gamba gua takde pasal gua tengah tgk tv (gua mengadap dorang) . gamba ni gua cilok dengan bantuan mr Google
*gua teringin nak pegi Old Trafford. tapi kene pegi Mekah dulu baru tenang hati nak melencong.. kah kah

Thursday, February 4, 2010

malas

gua ni pemalas, tp taklah kronik sangat. selalu buat kerja separuh jalan. negatif.
kalau tiba2 gua dapat RM 1,000,ooo,000.00 (cara halal la) sekarang ni, gua akan berenti keje sekarang gak..teruskan hidup dengan duit tu sampai ke tua.

gua tau bukan gua sorang je malas.. haha

p/s : cerita ni bukan diinspirasi dari kisah jutawan power root tongkat ali kacip fatimah etc..

masa...lah !

semua orang ada masalah. aku pun ada. aku rasa masalah yang tengah himpit aku ni berat, bagi aku la. aku x tau macamana nak setelkan bende ni skarang.. tp aku tau bende ni akan setel jugak nanti. faktor masa je. sabar.
aku boleh rileks sebab aku penah ada masalah yang lagi besar dari ni..
masalah buat hidup kita lebih berwarna... kah kah kah

**gua rindu kereta gua

Wednesday, February 3, 2010

kaki?



hari ni penat gila. moto gua rosak ondway balik keje kat ldp, lepas keluar terowong kat damansara jaya (kat area uptown d'sara) hari dah malam.. gua pun tolak la motor dari situ sampai la ke sungai penchala. telefon brader gua suruh dia ambik kat petronas sg penchala. jauh jugak gua menolak moto... kesian bini gua, tak pasal2 jalan kaki kat highway ldp..


gua teringat dulu kala :

1. masa sekolah ; gua keluar pegi kl ngan kawan2 gua , gua penah jalan kaki dari bukit bintang sampai yaohan (the mall laa...) - jauh tu..

2. malam milennium (y2k) - jalan kaki dari CM menuju ke Bukit Bintang pastu menuju ke KLCC , celebrate berpoya2 lepas tu sambung jalan kaki sampai keramat kat AU1, dari AU1 amik cab ke AU3 pasal rasa penat nak pengsan..

3. masa camping kat pangkor, tahun 1998 kot.. jalan kaki dari tempat camping sampai ke jeti pangkor pasal nak pegi lumut nak ambik duit kat bank. jalan kaki dari camp site ke jeti dekat 2 jam.. pun sama macam nak pengsan...


patut la kaki aku lebar...